A Visit to Brunei
Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke Brunei, kali pertama adalah lebih kurang 20 tahun yang lalu... satu tempoh yang agak lama... Lawatan kedua ini amat bermakna kerana kami sebenarnya berpeluang mengikuti lawatan balas oleh satu komuniti sebuah masjid berdekatan kolej kami... tujuan asal hanya sekadar mencukupkan ahli namun kami dapat belajar banyak perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran kami... santai disekitar Sungai Tutong sempena program satu kampung satu produk Antara perkara yang dapat dipelajari sepanjang lawatan adalah sifat peramah dan layanan yang first class oleh kenalan dari Brunei Darussalam. Kami disambut dan dilayan bagaikan tetamu kehormat disamping pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang lawatan kami... Antara aktiviti yang menarik adalah lawatan dan kolaborasi dengan tiga buah masjid yang terkenal di Brunei. Masjid pertama adalah Masjid Omar Ali Saifuddien atau dikenali juga dengan masjid terapung... ...