Dec 3, 2019

Playing Tourist


Musim-musim cuti begini, aku berkesempatan untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur... tempat-tempat yang kita selalu take for granted dan mungkin hanya akan melawatinya semasa zaman sekolah rendah dengan mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing...
Well, zaman sekolah dahulu aku jarang-jarang dapat mengikuti rombangan , so terlepaslah peluang itu...
Jadi, setelah anak-anak meningkat dewasa dan sibuk dengan aktiviti memasing, maka banyaklah masa terluang, so my husband and I, we played tourists and walked around KL...



First, we went to Zoo Negara, itu adalah kali pertama seumur hidupku menjejakkan kaki ke zoo negara... it was not a bad experience at all... Kami mengambil masa lebih kurang dua jam didalam zoo dan pertunjukan singa laut adalah antara tarikan kepada kanak-kanak...




Disamping berpeluang melihat pelbagai jenis binatang liar seperti harimau dan singa, panda juga tidak ketinggalan... malangnya kedua-dua ekor panda yang comel sedang tidur ketika itu (gambarpun sudah terdelete, haish)






The Lion King 

Selang beberapa hari kemudian, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki di sekitar Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad untuk melihat bangunan-banguna lama warisan negara yang sangat terkenal itu...



Aku rasa sungguh teruja dapat berjalan-jalan disekitar bangunan-bangunan heritage negara yang masih kukuh berdiri dengan megahnya dan dikagumi oleh pelancong-pelancong asing... kelihatan juga beberapa bas pelancong berhenti berdekatan stesen keretapi lama dan Masjid Negara...



Selepas ini, aku akan pastikan untuk melawat muzium negara dan muzium Diraja pula...


Masjid Negara


Di persimpangan dua sungai

Nov 27, 2019

A Visit to Brunei


Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke Brunei, kali pertama adalah lebih kurang 20 tahun yang lalu... satu tempoh yang agak lama...

Lawatan kedua ini amat bermakna kerana kami sebenarnya berpeluang mengikuti lawatan balas oleh satu komuniti sebuah masjid berdekatan kolej kami... tujuan asal hanya sekadar mencukupkan ahli namun kami dapat belajar banyak perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran kami...


santai disekitar Sungai Tutong sempena program satu kampung satu produk

Antara perkara yang dapat dipelajari sepanjang lawatan adalah sifat peramah dan layanan yang first class oleh kenalan dari Brunei Darussalam. Kami disambut dan dilayan bagaikan tetamu kehormat  disamping pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang lawatan kami...





Antara aktiviti yang menarik adalah lawatan dan kolaborasi  dengan tiga buah masjid yang terkenal di Brunei. Masjid pertama adalah Masjid  Omar Ali Saifuddien atau dikenali juga dengan masjid terapung...



Menandatangani buku pelawat masjid






Masjid kedua adalah masjid Jame' Asri dan kami berkesempatan bersolat jumaat disana...



Masjid yang ketiga yang dilawati adalah masjid  Bolkiah yang terletak di bandar dan daerah Tutong.




Kami  juga berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di Bandar Seri Begawan dan sekitar Pekan Tutong.




Sambil berjalan-jalan di bandar Seri Begawan dengan tidak secara sengaja kami terjumpa dengan Kolej International Graduate Studies sebuah kolej swasta. Kehadiran kami amat dialu-alukan oleh guard yang bertugas dan pelajar yang kebetulan ada kelas di waktu itu... kebetulan hari Jumaat adalah cuti bagi pejabat di Brunei...




hari terakhir berjalan-jalan di bandar Tutong yang juga dikenali sebagai bandar minyak di Brunei...



Oct 22, 2019

Kubah National Park


Taman Negara Kubah terletak lebih kurang 30 Km di utara bandar Kuching... kami ke Taman negara Kubah pada hari ketiga di Kuching dengan menaiki kereta Axia yang disewakan untuk dua hari iaitu ke taman negara Kubah dan Santubong... Bayaran masuk ke taman negara adalah  RM10 untuk seorang dan boleh mengambil mana-mana trek yang disukai ...




Trek di taman negara Kubah merupakan trek yang agak santai melalui jalan tarmac dari pintu gerbang hingga ke puncak Gunung Serapi (trek yang kami ambil pada hari itu). Sebenarnya terdapat 6 jungle trek yang diterokai dan memang tak cukup satu hari kalau ingin menerokai kesemua trails disitu... kami dinasihatkan oleh pegawai yang bertugas supaya ambil satu atau dua trail hari ini dan datang lagi keesokan harinya untuk trail yang lain...Bayaran masuk adalah RM10 setiap orang...


jalan tarmac terus sampai ke puncak
Disepanjang perjalanan ke puncak terdapat beberapa pondok untuk berehat kerana perjalanannya mengambil masa yang agak lama untuk pergi dan balik, iaitu dianggarkan 5- 6 jam... Alhamdulillah, kami hanya mengambil masa lebih kurang 3jam untuk naik dan turun...


Rayu trail menuju ke Matang wildlife centre
Kami mengambil keputusan untuk terus menuju ke puncak Gunung Serapi dan kemudian turun semula ke pintu dan memandu ke Wildlife Centre atas nasihat dari pegawai renjer yang bertugas... kalau melalui Rayu trail, ia akan mengambil masa 3jam untuk sampai dan 3jam untuk kembali...


the summit

Di puncak Gunung Serapi sebenarnya tiada apa yang istimewa untuk dilihat kecuali mungkin awan yang cantik jika cuaca mengizinkan... namun adalah menjadi satu kepuasan kepada setiap pendaki apabila berjaya sampai sampai ke puncak...


spesis periuk kera ditemui semasa perjalanan balik



Sererusnya kami tidak melepaskan peluang untuk meneroka Matang Wildlife Centre... Perjalanan dari pintu masuk taman negara Kubah ke Matang Wildlife Centre mengambil masa lebih kurang 15 minit melalui jalan kampung...kami tidak perlu membayar kerana tiket tadi masih boleh digunakan disini....



Trek disini lebih santai dan sangat sesuai untuk kanak-kanak, terdapat pelbagai jenis haiwan liar seperti orang utan, hornbill, sunbear, rusa dan buaya... Semuanya di dalam kurungan...






orang utan in action



Setelah berjalan selam lebih kurang sejam di wildlfe centre, haruslah kami mencuba Serapi Virgin Cocunut Shake, best in town seperti yang diiklankan...



Memang tepat seperti yang dikatakan, best coconut shake in town...

Best mango and coconut shake in town


Oct 19, 2019

Gunung Santubong, Sarawak



Pendakian ke Gunung Santubong adalah  merupakan satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan... sepanjang perjalanan itu terngiang-ngiang lagu "Puteri Santubong, Puteri Sejinjang penjaga gunung negeri Sarawak..."




Tangga besi ini menjadi igauanku sebelum pendakian kerana ianya menegak 90 darjah dan hasil bacaan kudapati terdapat 17 tangga yang seumpama ini sepanjang pendakian...kecut perut dibuatnya, gayat pun ada... tapi semasa mendaki rupa-rupanya tangga ini tidaklah sesukar yang kusangkakan, ia sebenarnya lebih memudahkan pendakian ...



Sepanjang pengalaman hampir setahun mendaki bukit, inilah gunung yang pertama kudaki selain Gunung Serapi yang didaki sehari sebelum Santubong (cerita Gunung Serapi dalam post yang lain). Gunung Santubong bukanlah satu pendakian yang biasa-biasa, namun ianya bukanlah pendakian yang terlalu sukar sehingga menjadi sesuatu yang mustahil...








Cuma mungkin kami mengambil lebih dari masa yang cadangkan untuk sampai ke puncak. Perjalanan dari pejabat Renjer ke checkpoint 7 dianggarkan satu setengah jam tapi kami mengambil masa hampir 2 jam dan dari checkpoint 7 ke peak adalah 2 setengah jam kerana disinilah cabaran pendakian yang sebenarnya bermula...


 mark bertanda merah untuk ke puncak, tanda biru untuk jungle trekking



Selepas checkpoint 7, dipersimpangan Puteri laluan mula mencanak dan kami terpaksa memanjat akar-akar disepanjang pendakian... mulai di checkpoint ini juga kami mula bertembung dengan beberapa kumpulan pendaki yang lain berbanding dari chekpoint1-7, hanya kami berdua sahaja on trek yang agak sunyi...



Selepas pendakian yang bersusah payah dan agak sukar, akhirnya kami berjaya sampai di puncak...
view di atas memang menakjubkan cuma pada ketika itu Kushing baru dilanda jerebu, so tak ada awan karpet yang cantik dan view agak samar-samar dalam iphoneku...apa-apapun syukur sampai ke summit... dipondok yang sudah usang dan disekitarnya penuh dengan hikers yang telah lama sampai...Kami hanya dapat berehat di atas batu sambil menunggu giliran untuk bergambar....









In  conclusion, ia merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan (walaupun mental hampir koyak ) dan dapat berkenalan dengan hikers yang lain... definitely worth the climb...





Oct 18, 2019

My hiking experience... pendaki bukit






My husband and I started hiking about a year ago... Prior to that we used to walking around the lakes or at the park every weekend.  KLCC Park and Taman Tasik Perdana adalah antara tempat-tempat yang sering kami lawati...

Routine ini berjalan selama lebih tiga tahun (since we decided to lead a healthy life) sehingga akhirnya kami dilanda kebosanan  dan inginkan suatu kelainan dan pengalaman yang baru...





Then, aku terbaca mengenai hiking dan kebetulan pula ada adik dan seorang sahabat yang selalu post aktiviti hiking mereka di facebook so I said to my hubby why not we try hiking instead...




So we  started hiking di bukit-bukit di sekitar Lembah Klang...




Sebenarnya agak banyak hiking trail untuk diterokai di sekitar Selangor dan Lembah Klang... rasanya masih ada beberapa tempat hiking popular yang belum kami jejaki...



Antara bukit yang menjadi pilihan untuk berjalan-jalan santai atau forest bathing adalah Bukit Gasing, Bukit Kiara, Bukit Wawasan, Bukit Cerakah dan beberapa lagi bukit yang sentiasa menjadi tumpuan weekend hikers seperti kami...





Setiap bukit adalah unik dan ada cerita serta pengalamannya yang tersendiri...Bukit Gasing terkenal dengan Skyway to heaven, Bukit Wawasan dengan air terjunnya...




Tidak ketinggalan juga dengan keunikan flora dan fauna yang dijumpai sepanjang trek yang dilalui... The sight and smell of the forest is really a stress- relieving experience... bila kita tidak mendaki kita akan merindui bau dan bunyi hutan...





Hakikatnya, hiking memang memenatkan namun hampir setiap hikers akan melakukannya berulang-ulang kerana mereka jadi addicted to hiking...as I stated earlier every hike has a different story to tell...eventhough you are repeating at the same place....