Posts

Showing posts from October, 2019

Kubah National Park

Image
Taman Negara Kubah terletak lebih kurang 30 Km di utara bandar Kuching... kami ke Taman negara Kubah pada hari ketiga di Kuching dengan menaiki kereta Axia yang disewakan untuk dua hari iaitu ke taman negara Kubah dan Santubong... Bayaran masuk ke taman negara adalah  RM10 untuk seorang dan boleh mengambil mana-mana trek yang disukai ... Trek di taman negara Kubah merupakan trek yang agak santai melalui jalan tarmac dari pintu gerbang hingga ke puncak Gunung Serapi (trek yang kami ambil pada hari itu). Sebenarnya terdapat 6 jungle trek yang diterokai dan memang tak cukup satu hari kalau ingin menerokai kesemua trails disitu... kami dinasihatkan oleh pegawai yang bertugas supaya ambil satu atau dua trail hari ini dan datang lagi keesokan harinya untuk trail yang lain...Bayaran masuk adalah RM10 setiap orang... jalan tarmac terus sampai ke puncak Disepanjang perjalanan ke puncak terdapat beberapa pondok untuk berehat kerana perjalanannya mengambil masa yang agak lama untuk

Gunung Santubong, Sarawak

Image
Pendakian ke Gunung Santubong adalah  merupakan satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan... sepanjang perjalanan itu terngiang-ngiang lagu "Puteri Santubong, Puteri Sejinjang penjaga gunung negeri Sarawak..." Tangga besi ini menjadi igauanku sebelum pendakian kerana ianya menegak 90 darjah dan hasil bacaan kudapati terdapat 17 tangga yang seumpama ini sepanjang pendakian...kecut perut dibuatnya, gayat pun ada... tapi semasa mendaki rupa-rupanya tangga ini tidaklah sesukar yang kusangkakan, ia sebenarnya lebih memudahkan pendakian ... Sepanjang pengalaman hampir setahun mendaki bukit, inilah gunung yang pertama kudaki selain Gunung Serapi yang didaki sehari sebelum Santubong (cerita Gunung Serapi dalam post yang lain). Gunung Santubong bukanlah satu pendakian yang biasa-biasa, namun ianya bukanlah pendakian yang terlalu sukar sehingga menjadi sesuatu yang mustahil... Cuma mungkin kami mengambil lebih dari masa yang cadangkan untuk s

My hiking experience... pendaki bukit

Image
My husband and I started hiking about a year ago... Prior to that we used to walking around the lakes or at the park every weekend.  KLCC Park and Taman Tasik Perdana adalah antara tempat-tempat yang sering kami lawati... Routine ini berjalan selama lebih tiga tahun (since we decided to lead a healthy life) sehingga akhirnya kami dilanda kebosanan  dan inginkan suatu kelainan dan pengalaman yang baru... Then, aku terbaca mengenai hiking dan kebetulan pula ada adik dan seorang sahabat yang selalu post aktiviti hiking mereka di facebook so I said to my hubby why not we try hiking instead... So we  started hiking di bukit-bukit di sekitar Lembah Klang... Sebenarnya agak banyak hiking trail untuk diterokai di sekitar Selangor dan Lembah Klang... rasanya masih ada beberapa tempat hiking popular yang belum kami jejaki... Antara bukit yang menjadi pilihan untuk berjalan-jalan santai atau forest bathing adalah Bukit Gasing, Bukit Kiara, Bukit Wawasan, Buk

Pelajar Terbaik Program

Image
Tahniah anak-anak Pemasaran yang akhirnya telah berjaya bergraduat dengan Diploma in Marketing... Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah sekali lagi pelajar dari kolej ini telah berjaya mendapat gelaran Pelajar Terbaik  Program untuk bidang Pemasaran bagi seluruh KV di Malaysia... Sekalung tahniah Nurul Hanani yang telah mengharumkan nama kolej dan menjejak langkah Zurainy pelajar terbaik pemasaran tahun lalu... It's been a great experience teaching you guys for solid two years... you have given me a lot of headache no doubt but it's all worth it... just hoping that all of you will succeed in your career and made your parents proud...

Air Terjun Sungai Chiling

Image
Nama Air Terjun Sungai Chiling telah agak sekian lama didengari sejak diriku berjinak-jinak dengan dunia hiking ni... namun setiap kali cadangan dari sang suami aku pandang sepi kerana memikirkan perlu mengharung sungai sebanyak lima kali sebelum sampai ke destinasi. Dont get me wrong,  I love waterfall it just I don't like to get wet... jika difikirkan memang kelakar alasan yang diberikan tapi itulah hakikatnya, aku suka berada di sekitar air terjun tapi bukan di dalam air terjun...haha.. So, dipendekkan cerita lebih kurang sebulan yang lalu, suamiku nekad untuk ke sana kebetulan juga anak-anak bercuti (walaupun tak semua)... It turned out to be a very good family outing activity, pengunjung memang agak ramai pada hari itu memandangkan cuti hujung minggu yang panjang... Perjalanan mengharungi sungai sebanyak lima kali itu sebenarnya agak menyeronokkan, cuma pastikan anda memakai kasut yang sesuai. Kalau sayang kasut boleh membeli kasut getah ada dijual dikaunter

Forest Bath

Image
 Apakah 'forest Bath'? Orang Jepun menyebut  Shirin-yoku, yang membawa maksud literal "forest bath" dalam bahasa Inggeris ataupun 'mandi hutan' dalam Bahasa Melayu.  Forest Bath lebih dikenali umum sebagai berjalan-jalan santai di dalam hutan... Dalam kajian yang dijalankan oleh orang Jepun, mereka dapat melihat perubahan yang berlaku pada orang yang mengambil masa selama 20 minit berjalan-jalan di kawasan hutan yang cantik dengan bau-bauan hutan dan mendengar bunyi deruan air dari anak sungai berdekatan... Individu yang meluangkan masa untuk forest bathing didapati mempunyai tahap tekanan yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang mengambil masa yang sama berjalan-jalan di kawasan bandar... Oleh itu, marilah kita bersama-sama tingkatkan masa berjalan-jalan santai di hutan atau hiking   untuk mengurangkan tekanan...

Hello

Image
Well. hello again.... It's been a while, but I think I'm going to start again... stay tuned....