A Visit to Brunei


Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke Brunei, kali pertama adalah lebih kurang 20 tahun yang lalu... satu tempoh yang agak lama...

Lawatan kedua ini amat bermakna kerana kami sebenarnya berpeluang mengikuti lawatan balas oleh satu komuniti sebuah masjid berdekatan kolej kami... tujuan asal hanya sekadar mencukupkan ahli namun kami dapat belajar banyak perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran kami...


santai disekitar Sungai Tutong sempena program satu kampung satu produk

Antara perkara yang dapat dipelajari sepanjang lawatan adalah sifat peramah dan layanan yang first class oleh kenalan dari Brunei Darussalam. Kami disambut dan dilayan bagaikan tetamu kehormat  disamping pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang lawatan kami...





Antara aktiviti yang menarik adalah lawatan dan kolaborasi  dengan tiga buah masjid yang terkenal di Brunei. Masjid pertama adalah Masjid  Omar Ali Saifuddien atau dikenali juga dengan masjid terapung...



Menandatangani buku pelawat masjid






Masjid kedua adalah masjid Jame' Asri dan kami berkesempatan bersolat jumaat disana...



Masjid yang ketiga yang dilawati adalah masjid  Bolkiah yang terletak di bandar dan daerah Tutong.




Kami  juga berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di Bandar Seri Begawan dan sekitar Pekan Tutong.




Sambil berjalan-jalan di bandar Seri Begawan dengan tidak secara sengaja kami terjumpa dengan Kolej International Graduate Studies sebuah kolej swasta. Kehadiran kami amat dialu-alukan oleh guard yang bertugas dan pelajar yang kebetulan ada kelas di waktu itu... kebetulan hari Jumaat adalah cuti bagi pejabat di Brunei...




hari terakhir berjalan-jalan di bandar Tutong yang juga dikenali sebagai bandar minyak di Brunei...



Comments

Popular posts from this blog

going highlands

How to say no to your boss?