Gunung Santubong, Sarawak



Pendakian ke Gunung Santubong adalah  merupakan satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan... sepanjang perjalanan itu terngiang-ngiang lagu "Puteri Santubong, Puteri Sejinjang penjaga gunung negeri Sarawak..."




Tangga besi ini menjadi igauanku sebelum pendakian kerana ianya menegak 90 darjah dan hasil bacaan kudapati terdapat 17 tangga yang seumpama ini sepanjang pendakian...kecut perut dibuatnya, gayat pun ada... tapi semasa mendaki rupa-rupanya tangga ini tidaklah sesukar yang kusangkakan, ia sebenarnya lebih memudahkan pendakian ...



Sepanjang pengalaman hampir setahun mendaki bukit, inilah gunung yang pertama kudaki selain Gunung Serapi yang didaki sehari sebelum Santubong (cerita Gunung Serapi dalam post yang lain). Gunung Santubong bukanlah satu pendakian yang biasa-biasa, namun ianya bukanlah pendakian yang terlalu sukar sehingga menjadi sesuatu yang mustahil...








Cuma mungkin kami mengambil lebih dari masa yang cadangkan untuk sampai ke puncak. Perjalanan dari pejabat Renjer ke checkpoint 7 dianggarkan satu setengah jam tapi kami mengambil masa hampir 2 jam dan dari checkpoint 7 ke peak adalah 2 setengah jam kerana disinilah cabaran pendakian yang sebenarnya bermula...


 mark bertanda merah untuk ke puncak, tanda biru untuk jungle trekking



Selepas checkpoint 7, dipersimpangan Puteri laluan mula mencanak dan kami terpaksa memanjat akar-akar disepanjang pendakian... mulai di checkpoint ini juga kami mula bertembung dengan beberapa kumpulan pendaki yang lain berbanding dari chekpoint1-7, hanya kami berdua sahaja on trek yang agak sunyi...



Selepas pendakian yang bersusah payah dan agak sukar, akhirnya kami berjaya sampai di puncak...
view di atas memang menakjubkan cuma pada ketika itu Kushing baru dilanda jerebu, so tak ada awan karpet yang cantik dan view agak samar-samar dalam iphoneku...apa-apapun syukur sampai ke summit... dipondok yang sudah usang dan disekitarnya penuh dengan hikers yang telah lama sampai...Kami hanya dapat berehat di atas batu sambil menunggu giliran untuk bergambar....









In  conclusion, ia merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan (walaupun mental hampir koyak ) dan dapat berkenalan dengan hikers yang lain... definitely worth the climb...





Comments

Popular posts from this blog

going highlands

How to say no to your boss?