Kubah National Park
Taman Negara Kubah terletak lebih kurang 30 Km di utara bandar Kuching... kami ke Taman negara Kubah pada hari ketiga di Kuching dengan menaiki kereta Axia yang disewakan untuk dua hari iaitu ke taman negara Kubah dan Santubong... Bayaran masuk ke taman negara adalah RM10 untuk seorang dan boleh mengambil mana-mana trek yang disukai ...
Trek di taman negara Kubah merupakan trek yang agak santai melalui jalan tarmac dari pintu gerbang hingga ke puncak Gunung Serapi (trek yang kami ambil pada hari itu). Sebenarnya terdapat 6 jungle trek yang diterokai dan memang tak cukup satu hari kalau ingin menerokai kesemua trails disitu... kami dinasihatkan oleh pegawai yang bertugas supaya ambil satu atau dua trail hari ini dan datang lagi keesokan harinya untuk trail yang lain...Bayaran masuk adalah RM10 setiap orang...
jalan tarmac terus sampai ke puncak |
Rayu trail menuju ke Matang wildlife centre |
the summit |
Di puncak Gunung Serapi sebenarnya tiada apa yang istimewa untuk dilihat kecuali mungkin awan yang cantik jika cuaca mengizinkan... namun adalah menjadi satu kepuasan kepada setiap pendaki apabila berjaya sampai sampai ke puncak...
spesis periuk kera ditemui semasa perjalanan balik |
Sererusnya kami tidak melepaskan peluang untuk meneroka Matang Wildlife Centre... Perjalanan dari pintu masuk taman negara Kubah ke Matang Wildlife Centre mengambil masa lebih kurang 15 minit melalui jalan kampung...kami tidak perlu membayar kerana tiket tadi masih boleh digunakan disini....
Trek disini lebih santai dan sangat sesuai untuk kanak-kanak, terdapat pelbagai jenis haiwan liar seperti orang utan, hornbill, sunbear, rusa dan buaya... Semuanya di dalam kurungan...
orang utan in action |
Setelah berjalan selam lebih kurang sejam di wildlfe centre, haruslah kami mencuba Serapi Virgin Cocunut Shake, best in town seperti yang diiklankan...
Memang tepat seperti yang dikatakan, best coconut shake in town...
Best mango and coconut shake in town |
Uerilbu-pe-Springfield Todd Schorfheide Download
ReplyDeletezwicsavscoltou