Kubah National Park
Taman Negara Kubah terletak lebih kurang 30 Km di utara bandar Kuching... kami ke Taman negara Kubah pada hari ketiga di Kuching dengan menaiki kereta Axia yang disewakan untuk dua hari iaitu ke taman negara Kubah dan Santubong... Bayaran masuk ke taman negara adalah RM10 untuk seorang dan boleh mengambil mana-mana trek yang disukai ... Trek di taman negara Kubah merupakan trek yang agak santai melalui jalan tarmac dari pintu gerbang hingga ke puncak Gunung Serapi (trek yang kami ambil pada hari itu). Sebenarnya terdapat 6 jungle trek yang diterokai dan memang tak cukup satu hari kalau ingin menerokai kesemua trails disitu... kami dinasihatkan oleh pegawai yang bertugas supaya ambil satu atau dua trail hari ini dan datang lagi keesokan harinya untuk trail yang lain...Bayaran masuk adalah RM10 setiap orang... jalan tarmac terus sampai ke puncak Disepanjang perjalanan ke puncak terdapat beberapa pondok untuk berehat kerana perjalanannya mengambil masa yang agak lama u...