Air Terjun Sungai Chiling
Nama Air Terjun Sungai Chiling telah agak sekian lama didengari sejak diriku berjinak-jinak dengan dunia hiking ni... namun setiap kali cadangan dari sang suami aku pandang sepi kerana memikirkan perlu mengharung sungai sebanyak lima kali sebelum sampai ke destinasi.
Dont get me wrong, I love waterfall it just I don't like to get wet... jika difikirkan memang kelakar alasan yang diberikan tapi itulah hakikatnya, aku suka berada di sekitar air terjun tapi bukan di dalam air terjun...haha..
So, dipendekkan cerita lebih kurang sebulan yang lalu, suamiku nekad untuk ke sana kebetulan juga anak-anak bercuti (walaupun tak semua)...
It turned out to be a very good family outing activity, pengunjung memang agak ramai pada hari itu memandangkan cuti hujung minggu yang panjang...
Perjalanan mengharungi sungai sebanyak lima kali itu sebenarnya agak menyeronokkan, cuma pastikan anda memakai kasut yang sesuai. Kalau sayang kasut boleh membeli kasut getah ada dijual dikaunter pendaftaran berharga RM12.00. Tapi ramai jer yang pakai kasut sukan branded mereka yang masih baharu... well, tepuk dada tanya selera...
Laluan sungai yang berbatu dan agak licin, jadi adalah dinasihatkan untuk terus memakai kasut di dalam air... adakalanya air agak deras dan tinggi hingga ke paras pinggang tapi ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan lebih-lebih lagi jika mengharung sungai beramai-ramai, rasa seperti pesta. Anak-anak ikan kelah pula tanpa segan silu berenang-renang dikeliling kaki dan ada juga yang menggigit manja ....
Pengunjung boleh membeli makanan ikan denagn harga RM5 per pack...pengalaman memberi ikan makan amat disukai anak-anak...
Comments
Post a Comment