Forest Bath
Orang Jepun menyebut Shirin-yoku, yang membawa maksud literal "forest bath" dalam bahasa Inggeris ataupun 'mandi hutan' dalam Bahasa Melayu. Forest Bath lebih dikenali umum sebagai berjalan-jalan santai di dalam hutan...
Dalam kajian yang dijalankan oleh orang Jepun, mereka dapat melihat perubahan yang berlaku pada orang yang mengambil masa selama 20 minit berjalan-jalan di kawasan hutan yang cantik dengan bau-bauan hutan dan mendengar bunyi deruan air dari anak sungai berdekatan...
Individu yang meluangkan masa untuk forest bathing didapati mempunyai tahap tekanan yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang mengambil masa yang sama berjalan-jalan di kawasan bandar...
Oleh itu, marilah kita bersama-sama tingkatkan masa berjalan-jalan santai di hutan atau hiking untuk mengurangkan tekanan...
Comments
Post a Comment